let's exchange blog links!

Friday, December 31, 2010

Tahun Kita


Haa, esok lusa dah nak tahun baru. Azam anda?

Asal tahun baru je mesti semua orang nak ber-azam. Kenapa tak berazam masa start sekolah ke, masa makan ke, masa nak keje ke, kebanyakkannya mesti tahun baru. Tapi, dah settle ke azam-azam tahun lepas?.Hei, Azam, nape nama kau femes sgt uh?.Jeles ok.aha

Memandangkan tahun 2011 ni adalah tahun untuk aku terus mengorak langkah yang lebih panjang dan lebar. Jadi aku pun harus lah berazam dan mbuat wish-list dan wajib-buat list especially bila dah nak start sambung study nnt. Duet?. Paling penting. Tak nak lah mengharapkan bonda sahaja untuk membayar hal-hal study nnt. so, sementara nak tggu intake tah bila agak nya, kene lah berkerja part time. Mula-mula nak kerja time cuti ni. Tapi bila dah dok melepak melebarkan montot di rumah terus malas je rasa nak mencari kerja. Jd babysit je lah hujung tahun ni. 

Macam2 la pulak ttnye rasa nak buat tahun baru nih. hui. Mencabar betol lah!.Badan xyah cakap lah. Makin diet makin berisi haaa. Takut tgk penimbang pecah bila nak timbang, terus sorok je penimbang tu.  Asal nak diet je Fail!.Kat rumah ni banyak sgt dugaan. Kat luar tu apetah lagi. Erghhh!. Terliur!!

Ok, cukup lah pasal berat2 ni.Sensitip! Actually time update blog ni tengah tgk cite Oh Yeah! kat utube.Oh Yeah! ni komedi kat Astro. Memandangkan xsubscribe Astro Warna so xdpt la tgk selalu. Serius lawak gile. Nak menangis gelak. Video salah satu dari sitcom Oh Yeah! ahaha. Enjoy!


Oh Yeah! - Sentap Hati Mak Nak

           **" Habibabahhhh.(SENGAL betol! ahaha)





Goodbye 2010  :(

Selamat Datang Tahun 2011!! :)

Cuba mencari-cari pen dan kertas nak wat list. Nmpk sgt dah lama tak menulis. LOL Tulis kat notepad je lah nampaknye.




no more baby


It's hard for me to believe in 'BFF' 



Yuna - BFF

I stood by you
I didn't have to
And if I knew
I would leave
Im not like you
I don't back stab
My dear you should be
Better than that

Sorry if I never called you
And you did
And you did
But you know, you don't really have to
Try to come around you
Come around you
And all you really gave
All you really gave
All you really gave back was
Hatred

I think my bestfriend's talking behind my back
I hope she goes to… =)
I think I can only depend on myself now
Don't need a knife on my back


Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya

Lately ni memang rajin sangat meng-update blog. Bagus kan, xde la bersarang blog ni. ehe

Haa, baru je lepas tgk bola td, Malaysia Lawan Indonesia. Malaysia menang ok!!. Finally, pasukan bola sepak Malaysia meng-harum-wangi-kan nama negara. Yeayy! 

Selama ni ade bola tak heran pon nak tengok. Tapi bila semua orang macam excited je nak tengok team Malaysia lawan hari isnin tu terus jadi heran pulak. ehe. 
Apa pe pon, congrats to Team Malaysia. Yang kalah tu jgn la tunjukkan ke-tidak-puasan anda dengan cara yang salah atau kurang sopan. Adat permainan, tak kan orang nak menang jugak tak boleh kot?.

TAHNIAHHH!!

Wednesday, December 29, 2010

Like button Part I

Harini nak post pasal macam mane nak letak  Like Button Facebook macam kat bawah ni kat blog anda.

Mungkin anda lihat cara ni agak leceh. Tapi, tak salah mencuba kan. :)
.
..
... 
First sekali, find page ini 


ok, bila dah keluar page mcm gambar di atas. Now anda pergi kat blog anda. Update dulu entry (New Post). then publish post entry anda. Then view post.  Lepas tu copy link post sebagai contoh mcm ni (yang highlight tu) then paste di page ini ( Paste di bawah tempat kosong yang bertulis   (?) )   


Done?, Now, anda boleh lah if nak edit rupa Like Button anda. Change layout ke, Width ke, Verb to display, Font or anda nak ubah Color pun boleh, tapi ade dua pilihan je lah. Preview Like Button akan berubah-ubah if anda ada ubah apa-apa yang berkenaan. So anda akan dapat lah Like Button macam mana yang anda nak. 


Sekarang ni masa untuk menghasilkan Like button anda. Sudah copy and paste link kat URL?. if dah, Now click kat Get Code. Akan terhasil lah mcm ni.



Copy link seperti gambar diatas. Then paste it at your post (in edit HTML) seperti gambar di bawah. Pastikan anda paste di akhir entry anda.



Untuk memastikan like button ni terhasil. Click Compose dan lihat samada Like Button terhasil ataupun tidak.


Akhir sekali, publish post anda dan TADAAA! dah ade Like Button! ehe


If anda nak letak Like Button ni pada entry-entry yang sebelum nya, cara nya lebih kurang sama. View post yang anda inginkan, Copy link then paste di URL di page ini,Get Code kemudian Edit post entry itu dan paste lah di akhir entry. Publish! 

**Pastikan anda bookmark page ini utk memudahan anda di kemudian hari. 

Sekian Terima Kasih

if ade sesiapa yg tahu cara lebih mudah let me know! :)


Part II - not-so-surprise birthday and picnic

Time & Date    :25 December · 07:30 - 10:30
Location           :Tasik Cyberjaya
Dress Code     :WHITE



Ok, mari kita sambung balek cerita pasal not-so-surprise birthday and picnic ni. Before that, gambar kat atas view Taman Tasik Cyberjaya. Tenang je tempat ni. Plus, time kitrg pergi ni, alhamdulillah. Redup je. Tak panas. 


dan ni pulak playground kat depan tasek ni. Besarrr!!. Puas hati kalau nak maen. :D


Er, camne nak sambung cite?. BLUR sudah!. ahaha.


.
..
...
....

Haa!. Dalam part I dah cerita sket sebelum kejadian tepung gomak dilancarkan. So, Ayuh!.tgk gambar pulak ok?  :)


Ini adalah mereka-mereka yang memeriahkan event ni. Semua putih suci lagi time nih. 

Yang ni, Birthday Girl! Jeles tgk gambar nih,view die cantek ;p 



Breakfast time!!

Time for Airell and Aisy bermaen-maen.

Pantang nampak playground Si Airell nih."nak aein nak aeiin!"  (aienn = maen)

Aisy, tgk!.ade jambul lagi. Mahal tu.

Time for celebrate birthday!

Birthday Cake yang dah hilang 2 biji buah strawberry. Sapelah yang makan ni!.

We'all nyanyikan 'Happy Birthday Song' to Syafinaz. (perhatikan ade cawan berisi tepung dgn syafiq yang pakai spek hitam tu pegang ape.)

AMEKKK!! (my cousin Mama Juwie terkejut, ketawa sampai terlompat2 haa!)

Sian Syafinaz time, teruk jugak lah kene tepung. Tapi die tak diam je. Habis semua org die kejar. Semua kene tepung. Wajib ok!. ahaha. Time ni tak start pon lagi game. Bila nak start je semua berhati-hati, takut kene serang dengan tepung. ahaha.

.
..
...
....

Time to play Game!

Mangsa pertama:.Aku sendiri. Kene naek slide sambil menjerit mcm tarzan tu. Then!.haa!.dapat hadiah tepung! Naseb baek tak nganga time turun tu, kalau tak abeh masuk mulut. Free-free dapat makan cekodok mentah kang!.ahaha

Mangsa Kedua: Die ni kene wat gaya itik sambil mengembik tapi xde rupa mcm itik pon!.Zapin kot! ahaha

Mangsa Ketiga: Mama Juwie.Die kene buat gaya ala-ala ular menari. Macam yang org maen seruling suruh ular keluar tu. banyak kali jugak lah kene wat sebab bila ktrg puas hati baru ley lepas. ehe

Tak cukup kene menari, kene calit dengan kek pulak time mama juwie nak pusing botol untuk next turn.

Mangsa Keempat: Bapak budak nih kene buat aksi kucing gatal. TAPI!. kalau tengok gambar ni pon dah tahu. Takde pon rupa kucing gatal, Kucing nak buang air adalah.haahha

Mangsa Kelima:  Haaa, die ni paling bersih di antara kitrg suma. Clean je. Tak nmpk pon tepung kat badan die. Time ni die kene rendam kaki dalam tasek. Nampak senang, tapi lepas die naek je, terus kene serang.ahaha Ingat boleh lepas!.

Mangsa Keenam: Haa, yang nih mak budak pulak. Die lah yang suggest maen game nih, pastu ade hati nak escape tak nak maen. Die kene buat 'Chicken dance' tp version laen sket. Ni pon sama mcm Mama Juwie, kene buat sampai kitrg puas hati. ahaha

Mangsa ketujuh: Gambar tak dapat dikesan la pulak. Birthday girl punya turn ni. Die kene makan nugget dengan mulut. Tangan kat belakang. Senang gile!! 

Mangsa Kelapan: Yang ni lagi sorg, bersih clean and clear lagi time semua tengah berlari buat serangan sebab die pengang aisy. Confirm lah orang tak kan serang if ade baby. Tapi time ni die tak ley lari. So, die kene naek slide sambil pakai tikar. LAJU gileee!!. sekejapan je da sampai bawah!. Panjang tu slide. Pastu, TADA!. kene tepung. haaa! amek!.awk ingat ley larik ke? aahaha 

Mangsa Kelapan: Yang ni memang susah nak wat. Kene naek slide dari bawah. Memandangkan badan dah bertepung, so kene lah berusaha sket nak naek sebab licin. Tapi malang nya, satu pon tak lepas. ahah

Time ni lah paling terbaek nak serang sebab tak leh lari memane.ahah. Plus, ini lah orang nya yang pegang cawan berisi tepung mula2 tadi. haaa. kan da terbalas.ahha

Mangsa Kesembilan: Kakak kepada birthday girl. Kene nyanyi lagu 'Negaraku' kuat-kuat dan penuh bersemangat. ehe Siap kene berdiri atas meja lagi. (Nampak tak bersepah gile!.)

Mangsa Kesepuluh: Tauke Tepung. aha. Tiga kali ok cabut kertas 'denda' tu. Kali ketiga die terpaksa jugak buat  pole dance tapi tak berapa jadi sebab die tak reti. Bab kenekan orang lajuuu je die ni.heyp!

Mangsa Kesebelas: Mungkin ini mangsa yang kene pergi jauh-jauh sket dari ktrg. Sebab die ken jerit mcm gorila sambil melompat-lompat sampai dapat shot baek punya. Yang ni serius lawak gila bila kitrg tgk balik video yang sempat dirakam. Gorila kurus!!.

Mangsa Ke Dua Belas & Tiga belas: Tiada gambar, tapi dorg kene buat gaya ala-ala kapal terbang perang berperang siap dengan bunyi bunyi sekali. Tapi, last berkejar kejaran mcm cerita hindustan pulak!. oh Sweet!  aahaha

Game dah abeh! 

.
..
...

Peace no war! Perang tepung dah tamat :)

ok, Turn airell pulak nak maen tuttt tutttt! keretapi. 



Semua SENYUM!!. 


Finally, event ni berjalan lancar dan sangat mengembirakan!! 


Dengan ini saya nak wish kepada Birthday Girl


SELAMAT HARI KELAHIRAN Syafinaz Sulaiman!!
May Allah Always Bless You!.
I heart u!.Hugs!




Thanks to Meor Hafashah and Aida Hariaty for the pictures. Cheers!




Saturday, December 25, 2010

Great, now I'm craving sushi

Oh my!. 

Kenapa lah aku maen game Youda Sushi Chef ni.erghh

Now, teringin dah nak makan sushi. 



So, ermmm

Ade sesape nak belanja saya makan sushi tak?.ehe ;p

Mula-mula xsuka,xmo mkn, skrg teringin lak.huii!




Part I - not-so-surprise birthday and picnic


Time & Date     :25 December · 07:30 - 10:30 
Location            :Tasik Cyberjaya 
Dress Code      :WHITE

Ini lah event yang not-so-surprise birthday picnic for celebrating my cousin becoming birthday this 28th Dec. Seperti yang dirancang waktu berkumpul adalah pukul 730 pagi. (memang xpercaya) dan semua tetamu tetamu terhormat sampai pukul 930 pagi!.ahaha. awal betol kan. 


Venue yang terpilih dekat dengan playground and tasik sebab senang nnt si kecil Airell and Aisy bermaen2. Boleh pantau si Airell tu. Oleh kerana Airell and Aisy tydo lambat dan kene bgun awl pagi so dorg agak cam xde mood je td. Kene ajak maen-maen kat playground, buat dorg gelak baru ok sket.


Baju?.Semua ikot dress code. xde yang sesat pon pakai baju kaler laen. Kalo tak kompom kene bahan punya. ahah. 


Ok, kata pon picnic kan, so sampai2 memang semua kaluar kan makanan masing untuk di kongsi dan dimakan. Naseb baek tak hujan xde lah basah tanah rumput. Kalo tak abeh basah punggung2 solid semua orang yang duduk kat atas tikar. 


Sebelum kek birthday-girl di-cucuk-lilin-dan-di-tiupkan-lilinnya, my sis suggest maen game. Macam ala2 bola beracun tu. Atleast ade lah activity, dari dok makan je. . So each person have to give their ideas to 'kenakan mangsa'. Agak nerves actually. dapat yang bukan-bukan NAYA!!. 


Sementara mengorek-korek-dan-terus-mgorek idea untuk kenakan org. Birthday girl pon bersedia lah nak tiup lilin yang ntah berapa batang tu. Baru je nak tiup!. PANGGG! Mangsa Pertama. 


TEPUNG khas untuk birthday-girl. Memang puteh suci dah!.kek pon dah bertambah CANTEK! ahaha.


Start dari situ lah .......


Continue Part II. (fine.Gambar xde lg.Bosan enrty aku!) 




Tuesday, December 21, 2010

very very very loooong





Before this I never knew Cerita Repunzel ni pasal ape. Just tahu pasal rambut panjang die je. SEDIH kan. Ehe. After watching Tangled Repunzel last weekend, sweet je cerita ni. tapi kuda yang nama Maximus kot. KEREK gile.ahaha. and i love the way they use the cooking pan to protect them selves. Berguna jugak idea tu kalo nak hempuk perompak. tapi mcm besar sangat lah pulak kalo nak letak dalam handbag.ehe

Even cerita ni ade jugak nyanyi-nyanyi tapi boleh terima lagi sebab xmeleret plus, kartun die menarik nmpk cantek hasil seni cerita ni. 

Tak sabar nak simpan cerita ni dalam laptop kesayangan. Boleh bagi si kecik tu tengok. Senang sket nak tydo kan dorg nnt.ehe ;p


Sunday, December 19, 2010

Last minute RED Party Birthday *Almost Xjadi*


All in RED
If u guys refers to the entry post 'Tag request' korang akan perasan 'Plan for today : Surprise party for Jana's husband tonight'.  Haa.ni lah die tembakan rawak yang dapat dikenal pasti pada malam itu. 



 Ni lah die Birthday boy nye. Die dah sampai baru kitrg sedar, then baru nak tutup lampu.LOL




Sangat-sangat lah kenyang malam tu. makanan banyak sangat. Semua SEDAP!
BBQ siap continue esoknye bakar kat umah pulak. Memang have fun sangat sangat, and I LOve RED! 

TO 
Encik Shafiq Mokhtar
Happy birthday!



Friday, December 17, 2010

Tag request :)



Ini adalah tag request dari Cik tyka goh :)


Rules : Once you've been tagged ,you're supposed to write a note with 100 TRUTH about you. At the end,choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. Tagged means " I'm interested in knowing what your 100 truth are".

Real name : Aina Hariany
Nickname :  Arie, Aina, na
Zodiac sign : Aquarius
Male or female : Female
Elementary school : SK Section 19 

Highschool : SMK Section 19
College : KPMIM
Hair colour : Black and Brown ;p
Tall or short : Tall
Sweat or jeans : Jeans
Phone or Camera : Both!
Health freak : Allergic 
Orange or apple : Apple
Do you have a crush on someone? : Yes, he is mine now :)
Eat or drink : Both!
Piercings : No
Pepsi or coke : Revive ;p


HAVE YOU EVER ? 
Been in an airplane : Yes
Been in relationship : Yes
Been in a car accident : Yes
Been a first fight : i don't remember

FIRST & LAST 
First household chores : i cant remember ;p
First best friend : Siti Nur Murni i wonder where is she now :(  )
First award : erm. Menang Pertandingan Khat Kat Sekolah Agama (saguhati xsilap) LOL 
First crush : too much ;p
First word : mama kot
First section : what section? 
Last person you talked to in person : my sister
Last person you texted : my love
Last person you watched a movie with : my brother with his gf and my love
Last food you ate : tomyam campur and telur bungkus 
Last movie you watched : Hantu kak limah balik rumah. LOL!
Last song you listen to : Firework oleh cik Katy Perry
Last thing you bought : Tiket KTM pergi Sg. Buloh
Last person you hugged : little Airell and Aisy  



FAVOURITE
Food : Kueh Tiaw Goreng Basah!
Drink : Tembikai Laici and Mineral Water
Bottoms : Jeans
Flower : Chrysanthemum
Animal :  Cat
Colour : Red and Purple
Movie :  The Bounty Hunter (2010)
Subject : Math and English! ;p

(Put an X in the bracket if yes)
[X] falling in love with someone.
[] celebrate Halloween
[
X] had your heart broken
[
X] went over the minutes/ texts on your cellphone
[] had someone question my sexual orientation
[] got pregnant
[] had an abortion
[
X] did something i regret
[
X] broke a promise
[
X] hide a secret
[] pretend to be happy
[] met someone who changed your life
[] pretend to be sick
[] left the country
[
X] try something you normally wouldn't try and liked it
[] cried over the silliest thing
[] ran a mile
[
X] when to the beach with your best friend
[
X] got into an argument with your friend
[] hated someone
[
X] stayed single for a whole year

CURRENTLY
Eating : nothing
Drinking : air sarsi
Listening to : Korean song
Sitiing or laying : Sitting
Plan for today : Surprise party for Jana's husband tonight
Waiting : Him <3

YOUR FUTURE 
Want kids : SURE!
Want to get married : YES!
Career : Big boss ;p

WHICH IS MORE ATTRACTIVE (CHOOSE ONE) 
Lips or eyes : eyes
Shorter or taller : taller
Romantic or spontaneous :spontaneous 
Nice stomach or nice arms : none of this!
Hook -up or relationship :relationship 
Looks or personality :  personality 

HAVE YOU EVER 
Lost glasses/contacts :  never
Snuck out of a house : no.
Held a gun/knife for self defense :
no.
Killed somebody :
NO!
Broken somebody heart : yes :(
Been in love : Yes
Cried when someoned died : Yes

DO YOU BELIEVE IN

Yourself : Yes
Miracles : Yes
Love at first sight : Yes
Heaven : Yes
Santa claus : No
Superstition : Yes
Kiss on the first date : No


TRUTHFULLY !
Is there one person you want to be with right now ? Yes
Do you know who your real friends are ? i guess
Do you believe in God ? Yes
Post as 100 truths ?  yes


Friends to been tagged : -

Kepada anda yang baca blog ni. Sila-sila selesai tag ini :)


interesting!